menu css by Css3Menu.com

 
 
Dr. Richard Wil Uban
KETUA BAHAGIAN
 
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.
 
Laman web ini adalah merupakan salah satu daripada saluran PRS Senadin untuk mendampingi rakyat khususnya di Kawasan Dewan Undangan N.65 Senadin. Di dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahli parti serta masyarakat setempat, pendapat semua pihak yang perihatin adalah sangat dihargai untuk kami memperbaiki mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Kami mengalu-alukan sebarang perkongsian pendapat, laporan dan aduan serta sebarang cadangan yang relevan dan bersesuaian untuk membangunkan kawasan dan kesejahteraan penduduk setempat baik dari segi infrastruktur, jasmani, kerohanian dan ekonomi rakyat.
 
PRS Senadin berhasrat untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat  dengan kemampuan yang sedia ada sesuai dengan objektifnya sebagai sebuah parti politik yang berkhidmat untuk rakyat. Sebagai warga yang prihatin, anda juga perlulah melibatkan diri di dalam menentukkan hala tuju masyarakat dan rakyat sebagai seorang pengundi. Adakah anda seorang pengundi? 
 
Sokongan anda adalah sangat kami perlukan bukan sahaja semasa pilihanraya malah sebelum dan selepas, kerana PRS akan sentiasa mengamalkan perkhidmatan yang berterusan sepanjang masa.
 
Di atas kesempatan ini, saya juga ingin menyeru kepada setiap ahli PRS untuk bekerjasama serta berganding bahu dalam memainkan peranan yang pro-aktif untuk politik pembangunan dan jauhkan fahaman politik sempit yang mementingkan diri serta tidak membina parti serta ahli-ahlinya dan masyarakat umum keseluruhannya.
 
Sokonglah PRS, untuk kesejahteraan rakyat Sarawak..
 
Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.
 
Dr. Richard Wil Uban
Pengerusi Bahagian PRS N.65 Senadin
Merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak
 

 

 




AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN (Sesi 2013 – 2016) N65 SENADIN
 
Dr. Richard Wil Uban
KETUA BAHAGIAN

Raymond Bulie
NAIB KETUA
Renggan Belatong
TIMBALAN KETUA
Egi Bangan
SETIAUSAHA BAHAGIAN

Duin Ak Gambai
TIMBALAN BENDAHARI
Yohanis Kristian Francis
BENDAHARI BAHAGIAN
Sepalie Ancharang
PEGAWAI PENERANGAN
Rantai Achin
TIMBALAN SETIAUSAHA


PUNGGA AK JANIN
AGONG BANGAU
BILLY JOHN

ABAS SEMPURAI

RACKIE UJAN

JOSEPH ANDAK

 
HELENA SIGAH
SENORITA SAP
ROSEBEA WALTER ETTA
SIGANG AK ALAN
 

 


VISI

1. Memastikan Parti Rakyat Sarawak (PRS) terus kukuh, kekal dan wujud di kawasan Dewan Undangan Negeri N.65 Senadin

2. Memastikan PRS terus menjadi sebuah parti politik yang diminati ramai, disokong dan relevan khususnya bagi suku kaum dayak.

3. Memastikan PRS Senadin akan menjadi sebuah parti politik yang mempunyai ahli yang paling ramai daripada mana-mana parti politik yang lain memandangkan di kawasan Senadin ini majoriti penduduknya adalah daripada suku kaum dayak khususnya Iban.

4. Memastikan PRS bukan hanya sebuah jentera politik semata-mata tetapi ianya juga berperanan sebagai sebuah organisasi berkebajikan yang akan menjaga kebajikan rakyat terutamanya ahli-ahli parti dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan rakyat baik dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain bidang yang membina serta membangunkan taraf kehidupan rakyat.

5. Memastikan PRS akan sentiasa berubah secara positif sesuai dengan perubahan serta keperluan semasa bukan hanya dari sudut fizikal malah yang paling penting adalah dari sudut Transformasi Rohani.



MISI
1. Mewujudkan sebuah Pejabat Berdaftar di kawasan Senadin dimana ianya adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai simbol atau mercu tanda keutuhan parti di kawasan ini atau sekurang-kurangnya bagi kawasan utara yang meliputi kawasan Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu.
 
  • 1.1. Pejabat ini jika boleh bukan disewa tapi dimiliki oleh Parti Rakyat Sarawak dan mempunyai sekurang-kurangnya segala keperluan pejabat yang lengkap seperti ruang menunggu, bilik tamu, bilik mesyuarat, bilik operasi pilihanraya, pejabat am, bilik Pengerusi, bilik mandi dan dapur.
  • 1.2. Pejabat ini juga haruslah dilengkapi dengan kemudahan alat elekronik yang canggih seperti ‘tele-conferencing, internet, LCD Projector & Screen’ dan alat ‘PA’ sistem termasuk yang mudah alih.
  • 1.3. Pejabat ini juga hendaklah mengambil kira konsep penampilan dayak dalam hiasan dalamannya untuk mencerminkan ciri-ciri asal-usul perjuangan parti.

2. Untuk merekrut lebih ramai ahli melalui pogram-pogram turun padang seperti :-


  • 2.1. Perjumpaan pemimpin bersama ahli-ahli parti pada setiap hujung minggu untuk mengeratkan hubungan silatulrahim, setia kawan, perpaduan dan kesepakatan dan dalam masa yang sama merekrut ahli-ahli yang baru.
  • 2.2. Mengadakan Majlis makan bersama atau ‘Pot Bless’ sebulan sekali di lokasi-lokasi tertentu secara beredar atau di rumah-rumah ahli secara beredar-edar dan pada masa yang sama merekrut ahli-ahli baru.
  • 2.3. Menganjurkan Perlawanan atau pertandingan-pertandingan anjuran PRS dan pada masa yang sama mempromosi perjuangan parti dan merekrut ahli-ahli baru.
  • 2.4. Menganjurkan kerja-kerja amal seperti majlis gotong royong, menderma darah dan sebagainya yang boleh memberikan publisiti kepada parti dan dalam masa yang sama mempromosi perjuangan parti serta merekrut ahli-ahli baru.
 
3. Memastikan sistem atau data penyenaraian ahli disediakan dengan rapi dan hendaklah di ‘follow-up’, serta dikemaskini dari masa ke semasa seperti:-

  • 3.1. Sistem data ahli disusun mengikut abjad, umur, dan lain-lain penambah-baikan.
  • 3.2. Memastikan setiap ahli didaftarkan sebagai pengundi dan sekiranya mereka sudah bermestautin di Miri maka hendaklah tempat mengundi mereka dipindahkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri Senadin.
  • 3.3. Bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun keatas tetapi dibawah 21 tahun hendaklah dipastikan iaitu pada waktu umur mereka menjangkau 21 tahun, mereka hendaklah didaftar sebagai pengundi.
  • 3.4. Di dalam usaha untuk mendekati ahli, pastikan no. telefon atau telefon mudah alih mereka sentiasa dikemaskini, dihubungi dan digunakan untuk menyampaikan maklumat, pesan atau ucapan-ucapan seperti hari jadi, natal, gawai dan sebagainya.
 
4. Menjaga Kebajikan ahli-ahli parti melalui beberapa pendekatan atau usaha yang dikenalpasti seperti:-

  • 4.1. Membantu mendapatkan lot tanah, perumahan, bantuan membaik-pulih rumah dan yang berkaitan dengannya melalui skim-skim seperti PPRT, e-kasih, RPR, rancangan penempatan semula dan lain-lain.
  • 4.2. Membantu ahli-ahli mendapatkan kad pengenalan bagi yang kurang arip tentang prosedurnya atau sukar untuk mendapatkanya.
  • 4.3. Membantu ahli-ahli untuk meringankan beban sewaktu menghadapi saat-saat sukar seperti rumah kebakaran, kematian dan lain-lain situasi yang seumpamanya.
  • 4.4. Membantu ahli-ahli untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting seperti surat pernikahan dan lain-lain dokumen dimana ahli-ahli kurang arip tentang prosedurnya.
  • 4.5. Membantu ahli-ahli untuk mendapatkan khidmat nasihat sama ada yang berbentuk perniagaan, pekerjaan, pendidikan, guaman, hal-hal berkenaan adat istiadat dan lain-lain nasihat yang diperlukan.

5. Mewujudkan cara, sistem, konsep atau pendekatan yang boleh mengeratkan hubungan serta perpaduan di kalangan ahli yang mana boleh membawa perubahan atau transformasi rohani kepada ahli-ahli parti melalui aktiviti serta pogram-pogram seperti berikut:-

  • 5.1. Perjumpaan seminggu sekali di dewan ‘Amazing Grace Community Center’ (Pusat Komuniti Karunia) untuk mengadakan sesi ‘randau’, dialog, perbincangan, mesyuarat, kursus, seminar dan lain –lain aktiviti dimana pada masa 1 jam yang pertama akan digunakan untuk kebaktian.
  • 5.2. Di setiap sesi perjumpaan, wang tangguk (collection) akan dijalankan dan wang ini akan dijadikan sebagai dana untuk menanggung serta menjalankan segala aktiviti-aktiviti parti atau pusat tersebut.

 



OBJEKTIF 
Tujuan penubuhan Pejabat Pusat Khidmat Kawasan adalah untuk dijadikan sebagai Pusat untuk menyelia segala Perancangan Pembangunan atau Pelan Transformasi yang dirancang bagi setiap kawasan khususnya yang tidak diwakili oleh Wakil Rakyat PRS samada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. PRS perlulah memiliki Rancangan Pembangunan atau Pelan Transformasi tersendiri sebagai panduan untuk melaksanakan sebarang bentuk pembangunan dan transformasi bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri walaupun tidak memiliki Wakil Rakyat supaya PRS di pandang relevan, berdaya saing, tidak dibayangi oleh parti-parti lain dan dalam masa yang sama tidak hanya dikategorikan sebagai ’rural based party’. Pembangunan ini hendaklah merangkumi semua aspek dan melibatkan semua suku kaum tanpa mengira bangsa, agama serta ideologi politik.

Walaubagaimanapun, setiap perancangan hendaklah mengambil kira asas atau dasar perjuangan parti dimana keutamaannya adalah untuk mentransformasikan ahli-ahli parti khususnya suku kaum Dayak tanpa bersikap prejudis terhadap suku kaum lain. PRS perlu melihat jangkauan tanggungjawab yang lebih besar dan luas daripada had yang telah ditentukan kerana penduduk suku kaum Dayak tersebar luas di merata-rata tempat di seluruh pelusuk negeri ini. PRS sebagai sebuah parti yang bertulang belakangkan bangsa Dayak atau ”Dayak based party” yang merupakan suku kaum majoriti di negeri ini perlulah memiliki Jawatankuasa Bahagian di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk berfungsi sebagai badan perhubungan parti supaya ianya dipandang relevan oleh suku kaum Dayak itu sendiri. Jawatankuasa Bahagian masing-masing perlulah memainkan peranan yang pro-aktif di dalam melaksanakan segala pelan pembangunan yang dirancang dan rakyat atau ahli-ahli parti di kawasan tersebut perlulah melihat bahawa Jawatankuasa mereka berfungsi sebagai nadi penggerak utama kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan ini dan juga mempunyai peranan yang mampu untuk melibatkan mereka di dalam semua aspek pembangunan walaupun tidak memiliki Wakil Rakyat. Untuk tujuan ini, maka Pusat Penyeliaan atau Perkhidmatan (Coordinating & Service Centre) perlulah diujudkan.

Pusat Perkhidmatan ini juga beroperasi sebagai tempat rujukan atau perantaraan bagi ahli-ahli parti atau rakyat dengan para pemimpin parti seperti Ahli Majlis Daerah dan Bandaraya, Setiausaha Politik, Senator, Wakil-Wakil Rakyat PRS atau Pemimpin-Pemimpin Ahli Majlis Tertinggi Parti. Selain dijadikan sebagai pejabat operasi pilihanraya, ianya juga boleh digunakan sebagai tempat mesyuarat serta perjumpaan dan juga tempat untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti parti yang bersesuaian dengan objektif parti. Setiap Jawatankuasa Bahagian perlulah memiliki serta melaksanakan Pelan Transformasi yang merangkumi pelan jangkamasa pendek serta jangkamasa panjang. Setiap Jawatankuasa PRS Bahagian perlulah memiliki Visi dan Misi sebagai panduan dan hendaklah bersedia untuk memikul serta melaksanakan Visi dan Misi tersebut yang mensasarkan objektif perjuangan parti. PRS hendaklah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah komponen parti Barisan Nasional serta parti politik yang teguh, berdaya saing serta relevan di setiap masa.
 


 
Click The Image To Download The Content
 
 


 


 
 
 
 
 


 

 

 


 

 

 

 

 

 

BACK TO TOP

PEJABAT PUSAT KHIDMAT PRS SENADIN PARTI RAKYAT SARAWAK

Address:
Lot 2181, 2nd Floor Pujut 7 .shophouses,
98000, Miri, Sarawak.

Tel:
+6085-668303
Fax: +6085491772
Email:[email protected]

Working Hours:
Monday to Friday 9.00a.m to 5.00p.m ;
Saturday & Sunday OFF

GPS Coordinate:
E 114o01' 07.0' ' N4o26'2 56.4''


 


 
PARTI RAKYAT SARAWAK - PEJABAT PUSAT KHIDMAT PRS SENADIN
© Copyright 2015 Designed by  www.gbs2u.com
 
 
Pageviews